comscore
Tumpuan :
Aduan Rakyat

Langgar Lampu Merah, Apa Yang Kalut Sangat?

Oleh Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Melanggar lampu isyarat merah umpama sudah mulai menjadi trend penunggang motosikal terutama dari kalangan penunggang p-hailing.

Perkara itu semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan kerisauan kepada orang awam.

Lampu isyarat ibarat hiasan untuk penunggang motosikal, itulah yang boleh dirumuskan hasil tinjauan di kawasan ibu kota.

Boleh dikatakan majoriti penunggang motosikal yang melanggar lampu merah terdiri daripada penunggang p-hailing.

“Saya baru nyaris terlanggar budak Grab dekat Damansara Perdana, tak tahu kenapa dia rushing (tergesa-gesa) sangat, nak kejar pesanan ke apa tapi eloklah sebab bahayakan orang lain juga.

“Mereka tidak tahu seperti saya bawa anak, mereka (penunggang) langgar lampu isyarat ada anak dalam kereta jadi benda itu bahayakan semua orang,” kata orang awam, Luqman Hakim Mohamed.

Menurut Ricky Susanto Buhari, undang-undang perlu dipatuhi.

“Kalau kita tengok macam saya ikuti di Tiktok apa semua banyak isu tentang kemalangan motor jadi majoriti sekarang kalau tengok kemalangan membabitkan Grab ini semualah. Jadi isu ini amat besar bagi sayalah,” katanya.

Kami cuba mendapatkan penunggang p-hailing mengenai ‘trend’ langgar lampu merah ini.

“Mungkin kejar pesananlah kot sebab macam saya hanya sambilan sahaja. Biasa kerja waktu malam. Kalau yang sepenuh masa nak kejar pesanan, tapi atas individu jika macam itu,” kata penunggang P-Hailing, Haris Amrizal.
Menurut Shah Ariffin, tidak semua penunggang bersikap sedemikian.

“Bagi saya tak semua langgar lampu isyarat, ada individu tertentu sahaja. Macam saya ikut situasilah. Tapi jangan kejar pesanan sampai nak bahayakan nyawa sendiri,” katanya.

Tinjauan Buletin Tv9 mendapati masih ada penunggang motosikal yang berhemah dengan mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Loading...
Terkini