comscore
Tumpuan :
Artikel

Dewan Negara Lulus RUU Lompat Parti

Foto: Berita Harian

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) berkaitan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti diluluskan di Dewan Negara sebulat suara.
 
Ia diumumkan Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim selepas pengundian belah bahagi dijalankan.

“Setelah selesai undian dibuat dan dikira sekarang kemukakan keputusan undian iaitu seramai 52 orang ahli bersetuju,tiada ahli yang tidak bersetuju,7 ahli yang tidak hadir.” katanya

Bagaimanapun Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Pindaan Nombor 3 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti tidak terpakai ke atas Ahli Dewan Negara.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,semasa pembentangannya di Dewan Negara siang tadi memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa aspek membabitkan isu perundangan di peringkat negeri dan perundingan dengan Yang di-Pertuan Agong untuk Ahli Dewan Negara yang dilantik baginda.

RUU berkenaan diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat pada 28 Julai lalu.

Loading...
Terkini