comscore
Tumpuan :
Artikel

Lesen GDL Bukan Penyelesaian, Bebanan Kepada Penghantar Makanan

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Keputusan Putrajaya untuk mewajibkan penunggang perkhidmatan p-hailing memiliki lesen memandu vokasional GDL ditolak kelompok berkenaan. 

Rata-rata pendapat, syarikat penyedia perkhidmatan sudah tentu tidak menyerap kos bagi mendapatkan lesen berkenaan dan akhirnya merekalah terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri tatkala diri masih berhempas pulas memperbaiki ekonomi diri dan keluarga. 

Bebanan itu dizahirkan ketika tinjauan dilakukan sekitar ibu negara. 

Menurut seorang penghantar makanan Rosli Yusuf ada yang membuat pekerjaan itu secara sepenuh masa dan ada sebaliknya. 

Tambahnya melainkan ada melakukan penghantaran dengan lori atau sebagainya kerana kalau setakat motosikal tidak memerlukan GDL, keadaan itu tidak adil bagi mereka.

Bagi seorang lagi penghantar makanan, Shahleey Idham Ahmad Sharuddin berpendapat jika mereka perlu mengambil lesen ianya bukan boleh siap dalam satu tempoh yang singkat semestinya akan memakan masa.

Secara tidak langsung menggangu proses mereka untuk mencari pendapatan harian.

Sementara itu Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia , Kamarudin Hussain berkata usaha Kementerian Pengangkutan memberi kursus keselamatan kepada penghantar p-hailing boleh dilaksanakan dengan cara lain dan bukan dengan mewajibkan mereka memiliki GDL.

Ia kerana ketetapan berkenaan bukan hanya akan membebankan lagi ahli, malah tidak mustahil demi menjaga kepentingan syarikat penyedia perkhidmatan.

Semalam media melaporkan, penunggang perkhidmatan p-hailling diwajibkan memiliki lesen GDL, selepas pindaan tiga undang-undang pengangkutan jalan diluluskan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 menetapkan had usia penunggang perkhidmatan penghantaran makanan daripada tidak kurang 21 tahun kepada tidak kurang 18 tahun.

Loading...
Terkini