comscore
Tumpuan :
Artikel

Serangan Israel Ke Atas Syria Ragut Tiga Nyawa Tentera

Foto: AFP

AL-QUTAYFAH, SYRIA: Sekurang-kurangnya tiga tentera maut dan tiga lagi cedera dalam serangan rejim Israel ke atas beberapa lokasi di Syria.

Lapor agensi media SANA, serangan yang dilancarkan hampir serentak kira-kira jam 8.50 malam itu menyasarkan daerah Al-Qutayfah sebuah kawasan di pinggir bandar Damsyik dan beberapa lokasi lain termasuk di pesisir pantai Tartous.

Serangan ke atas Al-Qutayfah dari arah tenggara Beirut disasarkan ke atas pos keselamatan milik kumpulan pro-Iran, Hezbollah.

Manakala bedilan ke atas Tartous pula dilancarkan dari Laut Mediterranean mengenai sasaran milik kumpulan sama selain sistem pertahanan udara Syria dan stesen radarnya.

Media Al Jazeera yang memetik sumber dalaman tentera Syria mendedahkan, beberapa misil yang yang dilancarkan Israel bagaimanapun berjaya ditembak jatuh.

Israel bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan serangan yang dilancarkan itu.-REUTERS, AL JAZEERA

Loading...
Terkini