comscore
Tumpuan :
Bencana

APM Kenal Pasti 5,496 Lokasi Titik Panas Banjir

Foto: NST

SANDAKAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenal pasti 5,496 lokasi titik panas banjir di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Dr Norhafifi Ismail, berkata susulan itu pelbagai persediaan dilakukan termasuk memberikan latihan kepada komuniti setempat.

Menurutnya, latihan merangkumi tugas-tugas untuk bertindak sekiranya berlaku bencana banjir di kawasan mereka.

Katanya, pembentukan pasukan komuniti itu dikenali sebagai Pasukan Respon Kecemasan Jabatan Awam (CDERT).

“Tujuan kita membentuk pasukan CDERT bila mana kita kenal pasti kawasan titik panas kita akan berikan tumpuan latihan kepada komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penghargaan Petugas Barisan Hadapan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah, di Sandakan, hari ini.

Terdahulu, pada majlis itu, lapan Pegawai Bersekutu diberikan kenaikan pangkat selain 98 anggota APM dan 56 anggota APM lagi diberikan pingat selepas memberikan komitmen baik sepanjang pandemik COVID-19. – BERITA HARIAN

Loading...

Terkini