comscore
Tumpuan :
Bencana

Mangsa banjir di Kelantan berkurang, PPS kembali dibuka di Jeli

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan direkod menurun pagi ini walaupun beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Jeli kembali dibuka.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan melaporkan sehingga jam 9 pagi ini 30,143 mangsa banjir berlindung di PPS seluruh negeri berbanding 32,029 yang direkodkan petang semalam.

FOTO: NSTP

Semua mangsa membabitkan 9,200 keluarga yang ditempatkan di 119 PPS di sembilan daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tanah Merah, Tumpat dan Jeli.

Jumlah mangsa paling ramai adalah di Pasir Mas dengan 13,899 orang daripada 4,624 keluarga yang ditempatkan di 34 PPS, diikuti Pasir Puteh (5,887 orang daripada 1,532 keluarga di 20 PPS) dan Tumpat (4,624 orang, 1,433 keluarga di 15 PPS).

FOTO: NSTP

Selain itu, mangsa banjir di Bachok (1,693 orang daripada 442 keluarga di tujuh PPS), Kota Bharu (1,501 orang daripada 432 keluarga di 14 PPS), Kuala Krai (1,446 orang daripada 391 keluarga di 16 PPS), Tanah Merah (765 mangsa, 241 keluarga di sembilan PPS), Jeli (198 orang daripada 68 keluarga di tiga PPS) dan Machang (130 mangsa, 37 keluarga di satu PPS).

Loading...
Terkini