comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

1.8 juta pokok ditanam di bawah Projek RELeaf

PETALING JAYA: Projek RELeaf yang telah dilaksanakan telah berjaya menanam 1.8 juta lagi pokok, selepas berjaya menanam 2.8 juta pokok menerusi Projek RELeaf sebelum ini.

Pencapaian memberangsangkan ini sejajar dengan matlamat Nestle Malaysia untuk menanam 4 juta pokok di seluruh Malaysia menjelang 2025, untuk mengurangkan gas rumah hijau akibat pemanasan global berjumlah kira-kira 700,000 tan.

Syarikat telah meneruskan acara Penanaman Pokok Tahunan di seluruh negara, dengan lebih daripada 400 sukarelawan berganding bahu untuk menanam sejumlah 5,000 pokok di lima lokasi di seluruh negara, iaitu Taman Alam Kuala Selangor; SDP Labis Utara, Johor; SDP Tiger Estate Tawau, Sabah; TDM Plantation, Terengganu; dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Syarikat juga menetapkan sasaran untuk menanam baki 1.2 juta pokok menerusi Project RELeaf menjelang separuh pertama 2025, seterusnya menuju ke arah mencapai sasaran mutlak menanam 4 juta pokok.

Di samping melindungi alam sekitar, Project RELeaf juga menyokong mata pencarian petani tempatan dan masyarakat Orang Asli, khususnya golongan wanita, di Kinabatangan, Sabah, dan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Usaha ini dijayakan dengan memberikan latihan yang bertujuan membina kapasiti mereka sambil meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya pemuliharaan alam sekitar.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk menyemai anak benih, memantau pemindahan ke tapak penanaman dan menjaga pokok yang telah ditanam.

Setakat ini, ia melibatkan lebih daripada 90 komuniti tempatan dalam proses penanaman anak benih dan lebih daripada 120 komuniti untuk menanam pokok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini