comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

20 produk teknologi berpotensi dikomersialkan tahun ini – MOSTI

Oleh: Amanda Lopez

SELANGOR: Kerajaan yakin untuk mengkomersialkan 100 produk di bawah Kemajuan Sandbox Teknologi dan Inovasi Negara (NTIS) menjelang 2025, bersandarkan produk inovasi yang bakal dikomersialkan nanti.

Dengan sasaran 20 produk dikomersialkan tahun ini, terdapat 56 produk lagi yang perlu dikomersialkan tahun depan dan 2025.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, “Setakat ini, kami yakin kerana kita telah menyaksikan bagaimana syarikat-syarikat kita progress dengan begitu baik, tetapi kita juga akan semak semula sekiranya mana-mana yang ada kekurangan kita cuba menampung dan juga memperbaiki. Namun, setakat ini, kami yakin boleh capai sasaran itu.”

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang

Dengan peruntukkan kerajaan sebanyak RM79.4 juta bagi 98 permohonan yang diluluskan, 24 inovasi berjaya dikomersialkan yang menjana hasil jualan RM51.8 juta ringgit dalam dua tahun lalu.

Dalam pada itu, terdapat dua lagi pembangunan tapak sandbox yang disasarkan tahun ini di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi lahirkan inovasi untuk digunakan dalam sektor pembinaan dan bencana.

Setakat ini, terdapat 10 tapak sandbox yang dihos oleh agensi kerajaan dan pihak swasta termasuk FELDA, PLUS Berhad, MRANTI, Capital A, Institut Sukan Negara, Sunway iLabs dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Loading...
Terkini