comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

20,000 kes jenayah siber, kerugian cecah RM560 juta dilaporkan pada 2021

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar. – Foto: NSTP

Oleh Afrina Romzi

PETALING JAYA: Syarikat tempatan perlu memperkukuh langkah keselamatan bagi pencegahan penipuan kewangan.

Ini memandangkan jumlah transaksi rentas sempadan semakin tinggi meningkatkan lagi risiko penipuan dan manipulasi transaksi kewangan.

Jenayah kewangan bersifat rentas sempadan juga membolehkan pelaku menyalurkan dana haram melalui struktur rumit dengan pantas.

Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, penjenayah juga akan mengambil peluang sistem keselamatan yang lemah, kerana aktiviti mereka sukar dijejaki pihak berkuasa.

“Minat dan permintaan yang semakin meningkat untuk transaksi dalam talian susulan pandemik COVID-19 telah melonjakkan jenayah siber melibatkan teknologi baharu yang mencetuskan ancaman baharu yang tidak pernah dikenali sedekad lalu,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada program tahunan Minggu Kesedaran Penipuan edisi keenam anjuran Kenanga Investment Bank secara maya hari ini.

Data polis menunjukkan, jenayah siber telah menyebabkan rakyat rugi RM2.23 bilion bagi tempoh 2017 hingga Julai 2021.

Manakala tahun lalu sahaja, 20,000 kes direkodkan melibatkan RM560 juta dan 11,367 kes dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Julai 2022.

Loading...
Terkini