comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Stok minyak sawit Malaysia terendah dalam enam bulan

Foto hiasan

NEW DELHI: Niaga hadapan minyak sawit Malaysia susut hari ini, dijejaskan oleh permintaan lemah daripada pembeli luar negara utama iaitu India, walaupun data industri menunjukkan simpanan minyak tropika itu jatuh ke paras terendah dalam tempoh enam bulan.

Kontrak penanda aras minyak sawit bagi penghantaran April di Bursa Malaysia Derivatives susut RM20 atau 0.51 peratus kepada RM3,864 pada tengah hari.

Import minyak sawit India iaitu pengimport minyak sayuran terbesar dunia, susut lebih 12 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya kepada paras terendah tiga bulan ekoran margin penapisan negatif untuk minyak sawit mentah mendorong penapisan beralih kepada minyak soya.

Harga minyak soya di the Lembaga Perdagangan Chicago menokok 0.61 peratus.

Minyak sawit dipengaruhi oleh pergerakan harga minyak berkaitan kerana ia bersaing untuk mendapatkan penguasaan dalam pasaran minyak sayuran global.

Stok minyak sawit Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia, susut lebih besar daripada jangkaan pada akhir Januari ke paras terendah dalam tempoh enam bulan apabila pengeluaran menjunam ke paras terendah dalam tempoh sembilan bulan di tengah-tengah eksport yang stabil, kata pengawal selia industri pada Selasa.

Sementara itu, harga minyak mendatar untuk hari kedua berturut-turut berikutan ketidakpastian terhadap potensi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kesan terhadap permintaan bahan api mengimbangi kebimbangan mengenai ketegangan Asia Barat yang boleh menjejaskan bekalan.

Niaga hadapan minyak mentah yang lebih kukuh biasanya menjadikan sawit pilihan yang lebih menarik untuk bahan mentah biodiesel.

Minyak sawit mungkin susut dalam julat RM3,845 hingga RM3,856 satu tan selepas ia gagal melepasi paras rintangan pada RM3,925.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini