comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

26 juta pengguna Facebook & Whatsapp Malaysia, perlu fahami kawalan privasi 

Pengarah Negara Meta Malaysia, Nicole Tan bersama Ketua Dasar Awam Meta Malaysia, Noudhy Valdryno di Kempen JomJagaPrivasi Meta Malaysia

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Meta Platforms Inc (Meta) ingin bantu pengguna memahami kawalan privasi dalam aplikasinya menerusi pelancaran kempen #JomJagaPrivasi.

Ini termasuk memperkasa orang ramai untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi melindungi privasi dan menjaga keselamatan akaun dalam talian.

Pengarah Negara Meta Malaysia, Nicole Tan berkata, privasi bukan perkara utama yang difikirkan orang ramai ketika mereka menjalani aktiviti harian yang sibuk.

“Saya fikir ia (privasi) adalah penting dan ia sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk mengingatkan pengguna tentang tetapan privasi yang ada,” katanya pada pelancaran kempen tersebut di sini, hari ini.

Tambah beliau, Meta juga telah membuat penambahbaikan yang ketara sejak beberapa tahun ini, termasuk mengemas kini dasar privasi, meningkatkan pelaburan privasi dan menyediakan pusat privasi baru-baru ini.

Tambah beliau, orang ramai berhubung antara satu sama lain melalui Facebook, Instagram dan WhatsApp setiap hari.

Untuk itu, pengguna perlu fahami perkara yang dikongsikan dalam talian dan menambah pengetahuan tentang cara mengawal tetapan privasi mereka.

Meta kini mempunyai 26 juta pengguna Facebook dan WhatsApp setiap bulan, dengan 20 juta pengguna Instagram di Malaysia.

Kempen #JomJagaPrivasi dijalankan secara hibrid, dalam talian selama dua minggu.

Manakala terdapat juga Kafe Privasi pop-up fizikal di The Farm Craft, Bangsar South selama tiga hari bermula hari ini hingga 30 Oktober 2022.

Loading...
Terkini