comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

30 perniagaan inovatif berpotensi berkembang dalam sektor teknologi Malaysia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: 30 perniagaan terpilih untuk mara ke fasa seterusnya pertandingan AmBank BizRACE Musim ke-4. Syarikat ini dipilih dalam kalangan hampir 1,000 syarikat inovatif dari seluruh Malaysia yang bersaing untuk mendapatkan tempat dalam program ini. Program direka untuk mempercepatkan pertumbuhan dan penyepaduan teknologi termaju dan amalan kemampanan dalam industri tempatan.

Syarikat yang dipilih, yang telah beroperasi selama tiga hingga 60 tahun merentasi pelbagai industri, berkongsi komitmen untuk menerima pakai teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Musim ke-4 memberi fokus kepada memperhalusi proses pembuatan dan meningkatkan kemampanan melalui penggunaan teknologi termaju.

30 Finalis Terbaik kini menjalani siri pembangunan dan bimbingan yang komprehensif oleh pakar teknikal dalam industri. Ini termasuk lawatan sambil belajar di kilang-kilang untuk menilai ruang yang boleh diperbaiki dan keupayaan automasi pintar setiap syarikat diikuti dengan pembangunan dan
bimbingan satu-sama-satu ke arah melangkah lebih jauh dalam penggunaan IR4.0 dan ESG.

Program mendapat kerjasama Bosch Rexroth Malaysia, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Malaysian Consortium of Mid-Tier Companies (MCMTC), Pantas Software, YGL Convergence Berhad, dan Kolej Undang-undang Australia. Perkongsian ini meningkatkan nilai program yang ditawarkan, yang termasuk pelbagai panduan yang diketuai pakar, bengkel strategik yang disasarkan dan peluang untuk sokongan kewangan.

BizRACE musim ini akan menyaksikan 30 perniagaan teratas mempamerkan model perniagaan mereka yang dipertingkatkan kepada panel rakan kongsi industri, sambil mereka bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kalangan 10 Terbaik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini