comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

35 Syarikat mohon bawa masuk kenderan EV ke Malaysia

Foto: NSTP

Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) terus menigkat di negara ini.

Setakat ini, 35 syarikat sudah memohon kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membawa masuk kereta atau motorsikal elektrik ke dalam negara.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, “Sebanyak 57 kereta elektrik dan 18 motosikal elektrik telah diluluskan sejak 2014.”

“Kami menggesa pemain industri menceburkan diri dalam penggunaan kenderaan elektrik ke arah menjamin kebersihan alam sekitar kita dan ianya juga disusli insentif seperti dalam konteks JPJ sendiri cukai jalan percuma sehingga 31 Disember 2025.” kata beliau selepas melancarkan dua model motosikal elektrik TAILG EBIXON EV iaitu TAILG EBIXON BOLD dan TAILG EBIXON TORQ.

Dua model yang diperkenalkan Kumpulan Ni Hsin bagi kategori individu dan komersil ini yang diimport dari China dan dipasang di Seri Kembangan, Selangor.

Kumpulan Ni Hsin sasar menjual 45,000 dalam tiga tahun dengan memberi fokus kepada pasaran Indonesia, Vietnam selain Malaysia.

Ia juga merancang menceburi pasaran motosikal berkuasa tinggi dengan mengintai pasaran Eropah tahun depan.

Loading...
Terkini