comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion dilaksana di Selangor


SHAH ALAM: Sebanyak 564 projek dan program pembangunan yang seimbang serta lestari akan dilaksanakan di Selangor di bawah Rolling Plan ke-4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.41 bilion pada tahun ini.


Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu 463 merupakan projek baharu, manakala bakinya sebanyak 101 adalah projek sambungan.


Menurut kenyataan itu RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama yang mencakupi kelengkapan, peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan bukan ICT, pembelian bangunan, pembinaan, pengurusan fasiliti, penyenggaraan, perolehan tanah serta penyelidikan. 


“Manakala 93 butiran (RM1.17 bilion atau 34.2 peratus) pula merupakan projek bukan fizikal yang diluluskan bagi pembiayaan dana, program ICT, kajian dan program latihan,” menurut kenyataan itu.


Perkara tersebut dimaklumkan susulan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNG) Selangor yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari hari ini dan dihadiri semua ketua jabatan di peringkat Persekutuan dan negeri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini