comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

59% rakyat Malaysia cenderung cuba makanan berasas tumbuhan

​​​​​​​PETALING JAYA: Tinjauan GlobalData 2023 baru-baru ini mendedahkan bahawa 59% rakyat Malaysia semakin cenderung untuk mencuba makanan berasaskan tumbuhan bagi manfaat kesihatannya, manakala hampir separuh didorong oleh manfaat alam sekitar daripada pilihan makanan yang lebih lestari ini.

Sememangnya, makanan berasaskan tumbuhan umumnya mempunyai jejak karbon yang jauh lebih rendah dan kurang intensif dalam sumber air berbanding dengan produk daging haiwan.

Sebagai tindak balas kepada trend yang semakin meningkat ke arah makanan protein tumbuhan, Nestlé Malaysia mengembangkan lagi rangkaian produk Harvest Gourmet dengan pelancaran Paf Pastri, rangkaian baharu yang menambah pilihan yang menarik, lazat dan mudah disediakan yang langsung mengesahkan kepimpinan syarikat dalam pasaran baharu ini.

Paf Pastri Buatan Malaysia ini diperakui halal dan menyediakan sumber protein yang baik kerana diperbuat daripada kacang soya dan kisaran berasaskan gandum, di samping adunan ramuan dan rempah penuh berperisa, tanpa ditambah pengawet.

Ia juga sebahagian usaha menjadikan barangan bernutrisi yang penting untuk menjaga kesejahteraan selain menyokong usaha rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Ini juga sejajar dengan misi syarikat untuk menyumbang kepada masa depan yang lebih lestari dengan menambah tawaran produk berasaskan tumbuhan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini