comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

97 peratus daripada 100 syarikat teratas Malaysia sertakan data kemampanan dalam laporan tahunan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Tinjauan Pelaporan Kemampanan dwitahunan KPMG 2022 ke atas 58 negara mendapati 97 peratus daripada 100 syarikat teratas Malaysia turut menyertakan data kemampanan dalam laporan tahunan mereka.

Laporan itu berkata Malaysia mendahului 10 negara teratas mengikut peratusan 100 syarikat teratas yang memasukkan maklumat kemampanan dalam laporan kewangan tahunan mereka.

Kaji selidik itu juga mendapati dengan 99 peratus syarikatnya menjalankan pelaporan kemampanan, Malaysia adalah salah satu daripada tujuh negara Asia Pasifik, wilayah dan bidang kuasa dengan kadar pelaporan melebihi 90 peratus, negara lain adalah Jepun (100 peratus), Singapura (100 peratus), Korea Selatan (99 peratus), Thailand (97 peratus), Taiwan (94 peratus) dan Pakistan (91 peratus).

Ketua Penasihat Kemampanan KPMG di Malaysia, Phang Oy Cheng berkata walaupun pelaporan kemampanan sebahagian besarnya bersifat sukarela sejak dua dekad yang lalu, kajian tahun ini mendedahkan bahawa peraturan akan membuat perbezaan dalam membolehkan syarikat mencapai kemajuan kukuh dalam laporan dan rancangan berkaitan Alam Sekitar, Kelestarian dan Tadbir Urus (ESG) mereka.

“Sebagai contoh, walaupun terdapat peningkatan ketara dalam syarikat yang melaporkan sasaran pengurangan karbon, rancangan mereka kekal tidak jelas dan tindakan dilakukan terlalu lambat untuk menunjukkan hasil sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.

Phang menekankan keperluan untuk piawaian yang konsisten secara global daripada kerajaan dan usaha bersepadu daripada syarikat terbesar di dunia untuk melaporkan semua aspek ESG, ia akan mengiktiraf hubungan yang jelas antara isu kesaksamaan alam sekitar dan sosial secara lebih luas. – BERNAMA

Loading...
Terkini