Tumpuan :
Detik Niaga

Aduan kes penipuan diterima SC meningkat 100%: Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan pada sidang media sempena lawatan rasmi ke Suruhanjaya Sekuriti (SC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Oleh Juliana Pija Ismail

KUALA LUMPUR: Jumlah aduan mengenai penipuan atau scam yang diterima Suruhanjaya Sekuriti (SC) mencatatkan peningkatan 100 peratus pada tahun lalu berbanding 2022.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, 60 peratus daripada aduan membabitkan penipuan pelaburan dalam talian dengan nilai kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

“Sebanyak 1,124 aduan mengenai penipuan diterima tahun lalu, berbanding hanya 548 aduan pada 2020.Tahun 2022, 267 nama syarikat dimasukan kedalam SC Investor Alert List, 166 laman web disekat dan 224 akaun media sosial  disyaki menjalankan penipuan pelaburan” katanya pada sidang media sempena lawatan rasmi ke SC di sini, hari ini.

Setakat suku pertama tahun ini, SC telah menambah 84 entiti ke dalam SC Investor Alert List, menyekat 61 laman web dan 80 akaun media sosial.

Sehubungan itu, SC sudah dan akan mengambil tindakan awalan, termasuk melalui ‘senarai amaran’, menyekat laman sesawang serta media sosial dan mengeluarkan notis perintah henti.

SC turut mengambil langkah lain seperti tindakan penguatkuasaan terhadap segala pelanggaran undang-undang sekuriti.

Loading...
Terkini