comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Affin Bank bayar dividen khas RM400.21 juta, tertinggi dalam sejarah

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Datuk Wan Razly Abdullah -NSTP

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd (Affin Bank) umum pemberian dividen khas RM400.21 juta atau 18.09 sen setiap saham hari ini, bayaran tertinggi dalam sejarah syarikat itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, ini susulan pelupusan 63 peratus pegangan ekuiti bank tersebut dalam Affin Hwang Asset Management Bhd (AHAM).

“Ini (dividen khas) jika digabungkan dengan RM100.2 juta dividen interim atau sekitar 4.53 sen satu saham yang diumumkan sebelum ini, jumlah pembayaran dividen adalah sebanyak RM500 juta kepada semua pemegang saham. Jadi kami telah menerima kelulusan hari ini daripada pemegang saham di EGM dan kami menjangka dividen ini akan dibayar bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di sini, hari ini.

Tambah beliau, syarikat akan meningkatkan perbelanjaan modal kepada RM400 juta tahun depan, berbanding RM300 juta tahun ini, dengan 80 peratus bakal diperuntukkan bagi pelaburan teknologi maklumat.

Dalam pada itu, Affin Bank bakal melancarkan aplikasi mudah alih dalam masa terdekat, sejajar dengan aspirasi pendigitalannya.

“Kami kini menumpukan kepada fasa transformasi menerusi pelan A25 dengan sasaran pulangan ke atas ekuiti (ROE) sebanyak 10%, memperkasa hasil pertumbuhan dan menggandakan jumlah pelanggan kami kepada 2 juta,” katanya.

Loading...
Terkini