comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

AFFINGEM skim pembiayaan khusus kepada usahawan wanita

Sharifah Hasidah (dua dari kiri) melancarkan skim pembiayaan AFFINGEM bersama Agil (tiga dari kiri) dan Wan Razly (kiri) di Kuala Lumpur, hari ini. Foto – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd (AFFIN) memperkenalkan AFFINGEM, skim pembiayaan baharu khas untuk golongan usahawan, perniagaan yang dimiliki dan dikawal oleh wanita.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah, berkata AFFINGEM bertujuan untuk memartabatkan usahawan wanita dengan membantu mereka berkembang, memperkasa dan mengurus perniagaan.

Beliau berkata, AFFIN komited untuk menyokong segmen usahawan kecil dan sederhana (PKS) yang kurang mendapat perkhidmatan, terutamanya usahawan wanita sebagai sebahagian daripada inisiatif amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Katanya, skim pembiayaan seperti itu juga dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan memupuk impak sosial yang positif dalam masyarakat.

“Ciri utama skim pembiayaan AFFINGEM adalah direka untuk tujuan modal kerja dan perbelanjaan modal dengan pembiayaan tanpa cagaran sehingga RM1 juta.

“Ia juga pembiayaan mampu milik dengan kadar keuntungan serendah Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) + 0.50 peratus.

“Malah, pembiayaan tambahan sehingga lima peratus daripada had pembiayaan yang diluluskan turut diberikan untuk insurans dan takaful. Skim ini tersedia untuk perniagaan seawal enam bulan beroperasi,” katanya selepas majlis pelancaran AFFINGEM di sini, hari ini.

Majlis dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pengerusi AFFIN, Datuk Agil Natt.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini