comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Airbus sasar perkukuh pelaburan di Malaysia

Presiden Airbus Asia-Pasifik, Anand Stanley bercakap semasa taklimat media Airbus di pameran Defence Services Asia (DSA) dan National Security (Natsec) Asia 2024, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Turut hadir, Ketua Helikopter Airbus Asia-Pasifik, Vincent Dubrule (kiri). – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Airbus sasar untuk mengukuhkan perkongsian dan pelaburan sedia ada dalam ekosistem tempatan, selepas melihat Malaysia sebagai pasaran penting kumpulan aeroangkasa terkemuka dunia itu.

Presiden Airbus Asia Pasifik, Anand Stanley, berkata ia termasuk melabur dalam simulator penerbangan penuh helikopter yang ketiga di Subang, Selangor, dirancang untuk mula beroperasi pada 2026.

“Mengiktiraf kenaikan permintaan untuk aset helikopter baharu di Malaysia bagi mengukuhkan pertahanan dan keselamatan negara, Airbus kini sedang mengatur keupayaannya ke arah menyokong pertumbuhan ini.

“Inilah di mana helikopter model H225M pelbagai peranan yang terbukti dalam pertempuran boleh menjalankan pelbagai keperluan misi termasuk operasi khas, mencari dan menyelamat semasa pertempuran/mencari dan menyelamat (CSAR/SAR), dan juga pengangkutan taktikal,” katanya pada sidang media sempena Pameran Defence Services Asia (DSA) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua bagi Airbus Helicopters Asia Pasifik, Vincent Dubrule; Ketua Airbus Defence and Space Asia Pasifik, Zakir Hamid; dan Ketua Wakil Airbus Malaysia, Burhanudin Noordin Ali.Mengulas lanjut, Stanley berkata, Malaysia kekal sebagai pasaran penting Airbus, dengan syarikat aeroangkasa terkemuka komited untuk mengukuhkan kehadiran di negara ini.

Katanya, Malaysia menjadi pusat operasi bagi perniagaan helikopter tentera serta pasaran penting pertahanan dan aetoangkasa kepada kumpulan berkenaan.

“Malaysia telah menjadi pangkalan pelanggan utama bagi syarikat merentasi rangkaian produk pesawat komersial, helikopter, pertahanan dan ruang angkasa.

“Sebagai rakan kongsi strategik Malaysia, Airbus telah membangunkan kerjasama industri meluas dan kukuh yang membawa pelbagai manfaat kepada ekonomi tempatan,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan Malaysia perlu menggantikan beberapa aset lama dalam jangka masa yang lebih panjang, terutamanya dalam peranan separuh awam (parapublic) seperti penguatkuasaan undang-undang, model H135 menjadi penyelesaian tepat untuk memenuhi keperluan ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini