comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Akaun 3 KWSP, semakan gaji penjawat awam lonjak ekonomi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pengeluaran daripada Akaun 3 (Akaun Fleksibel) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan diperkenalkan tidak lama lagi dan kenaikan gaji kakitangan awam dijangka meningkatkan perbelanjaan swasta, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Akaun Fleksibel dijangka dikuatkuasakan mulai 11 Mei, manakala cadangan kenaikan gaji penjawat awal melebihi 13 peratus membabitkan peruntukan RM10 bilion bermula Disember 2024.

CIMB Treasury and Markets Research dalam satu nota penyelidikan berkata, berdasarkan anggaran kecenderungan penggunaan marginal (MPC) iaitu ukuran kadar peningkatan pendapatan yang cenderung dibelanjakan pengguna sebanyak 0.35, unjuran aliran keluar berjumlah RM25 bilion dari Akaun 3 pada tahun pertama mungkin menyumbang 0.5 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, kenaikan gaji penjawat awam pula akan menyumbang 0.2 peratus kepada KDNK pada tahun pertama.

Kami menjangkakan limpahan adalah lebih rendah dan berjangka pendek, memandangkan baki Akaun 2 ahli cenderung dalam kurungan berpendapatan tinggi dengan MPC yang lebih rendah.

“Seperti sedia ada, B40 dan M40 masing-masing memegang satu peratus dan 17 peratus daripada jumlah simpanan KWSP atau pada RM11 bilion dan RM180 bilion, berbanding RM897 bilion oleh T20 (82 peratus bahagian).

“Tambahan pula, kesannya mungkin diimbangi oleh persekitaran inflasi yang lebih tinggi pada separuh kedua daripada rasionalisasi subsidi selanjutnya,” katanya.

Sebaliknya, firma penyelidik itu berkata, limpahan kenaikan gaji penjawat awam kepada penggunaan mungkin lebih besar apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keutamaan kepada kenaikan gaji kepada kadar 25 hingga 30 peratus bagi mereka yang berada dalam gred rendah/kumpulan berpendapatan rendah, yang berkemungkinan membelanjakan bahagian yang lebih tinggi daripada pendapatan tambahan yang diperoleh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini