comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Akauntan digesa sepadukan transformasi digital dan pembinaan kompetensi

Institut Akauntan Malaysia (MIA).

KUALA LUMPUR: Institut Akauntan Malaysia (MIA) hari ini mengingatkan para akauntan supaya menyepadukan transformasi digital dan pembinaan kompetensi dengan nilai-nilai profesional dan kod etika tadbir urus yang baik.

Naib Presidan MIA Mohamad Faisal Abdul Malik berkata, dengan cara itu ia akan melindungi kepentingan awam dan kesejahteraan negara.

Beliau berkata MIA telah mengeluarkan Rangka Tindakan Teknologi Digital pada 2018 yang menetapkan lima prinsip untuk dipertimbangkan oleh akauntan profesional dalam membangunkan pelan tindakan bagi bertindak balas dengan sewajarnya terhadap penggunaan teknologi.

Ini termasuklah memanfaatkan teknologi digital, yang mana bidang kuasa MIA adalah untuk mempromosikan penggunaan teknologi digital dan meneroka kerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan.

“Prinsip ketiga berkaitan dengan memanfaatkan teknologi digital, yang mana bidang kuasa MIA adalah untuk mempromosikan penggunaan teknologi digital dan meneroka kerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan,” katanya pada pelancaran Anugerah Penggunaan Teknologi Digital (DTAA) yang diadakan secara maya hari ini.

DTAA dilancarkan semasa Persidangan AccTech MIA 2023 (MIA AccTech) sebagai sebahagian daripada acara akhir Bulan Digital MIA (MDM) 2023 yang bertemakan ‘Evolusi Digital: Membuka Jalan Ke Hadapan.’

DTAA adalah platform untuk mempromosikan penggunaan teknologi digital dalam profesion perakaunan.

Mohamad Faisal berkata DTAA mengukir peluang baharu dalam landskap anugerah Malaysia kerana ia secara khusus mengiktiraf pencapaian luar biasa dalam aplikasi teknologi oleh profesion perakaunan dalam perdagangan dan industri, amalan awam dan sektor awam.

“Dengan mengiktiraf dan memberi anugerah terhadap pelaksanaan teknologi yang berjaya dalam profesion perakaunan, DTAA berharap dapat menggalakkan profesion lain mencontohi kisah kejayaan ini dengan melakukan transformasi digital mereka sendiri,” katanya.

Mohamed Faisal menambah DTAA turut berhasrat untuk meningkatkan kesedaran mengenai bagaimana akauntan menyumbang kepada perniagaan dan ekonomi menerusi penggunaan teknologi digital.

DTAA mempunyai tiga kategori dengan sejumlah 58 anugerah akan diberikan dan tarikh akhir penyerahan DTAA ialah pada 31 Mei, 2023. – BERNAMA

Loading...
Terkini