comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Akta pembaharuan semula bandar akan selaras tadbir urus bagi usaha penjanaan semula bandar

Foto hiasan

Oleh:Amanda Lopez

SELANGOR: Akta pembaharuan semula bandar akan menyelaraskan tadbir urus operasi memandangkan ketika ini segala usaha penjanaan semula bandar dilaksanakan menerusi sembilan kementerian dan agensi berlainan.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) berkata dalam menggubal akta khusus ini, kerajaan telah menunjukkan pendekatan pandangan jauh, seimbang terhadap pertumbuhan ekonomi.

Presidennya, Datuk NK Tong berkata “Akta baharu ini akan terus memperkukuh konsep madani Perdana Menteri Anwar Ibrahim khususnya dalam bidang tadbir urus yang baik dengan mempunyai garis panduan yang sangat jelas dan telus serta dalam bidang pembangunan mampan dengan memastikan semua rakyat mendapat manfaat secara saksama apabila lebih banyak peluang ekonomi diperoleh melalui akta ini.”

Dengan ini, katanya bangunan lama akan diberi nafas baharu, meskipun bangunan yang lebih baru akan mengisi permintaan pembandaran yang semakin meningkat.

selain itu, usaha pemuliharaan juga akan melindungi warisan budaya dan senibina negara yang penting dalam menjadikan sebuah bandar relevan.

Awal minggu ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan cadangan untuk memperkenalkan satu akta khusus berkaitan pembaharuan semula bandar dalam negara bagi memastikan ia dilaksanakan dengan lebih sistematik, terancang dan cekap.

Penggubalan akta itu juga selari dengan negara maju lain yang memiliki undang-undang khusus dalam menentukan hala tuju sebarang pembangunan semula kawasan bandar.

Loading...
Terkini