comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Aktiviti beli saham murah dorong bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini apabila aktiviti belian saham pada harga rendah berlaku selepas penurunan semalam.

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.22 mata kepada 1,615.59 daripada 1,614.37 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks barometer dibuka tinggi 2.63 mata kepada 1,617.00.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 312 berbanding 154, dengan 374 kaunter tidak berubah, 1,560 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 432.30 juta saham bernilai RM159.70 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street mencatatkan prestasi positif apabila Nasdaq dan S&P merekodkan paras tertinggi menjelang pendirian Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah esok (12 Jun).

“Pendapat secara konsensus adalah Fed akan mengekalkan kadar faedah susulan data pekerjaan yang kukuh pada Jumaat lepas.

“Oleh itu, Dow Jones memperoleh 69 mata manakala Nasdaq menambah 59 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat tinggi pada 4.471 peratus,” katanya.

Beliau berkata perkembangan positif itu, ditambah dengan peningkatan harga minyak mentah Brent ditutup lebih tinggi pada US$82 setong, mungkin menyaksikan FBM KLCI berlegar antara julat 1,610-1,620 hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini