comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus beri impak positif berikutan permintaan luar semakin baik

KUALA LUMPUR: Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus memberikan impak positif berikutan permintaan luar yang semakin baik, sejajar dengan situasi global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) Research.

Dalam nota penyelidikan hari ini, HLIB Research berkata ini selaras dengan kadar penggunaan kapasiti pembuatan Malaysia yang terus meningkat, yang naik kepada 80.8 peratus pada suku pertama 2024 berbanding 79.9 peratus pada suku keempat 2023.

“Oleh itu, kami mengekalkan unjuran kami untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 kepada 4.8 peratus tahun ke tahun (2023: 3.6 peratus tahun ke tahun),” katanya.

Menurut HLIB Research, Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan global meningkat kepada 50.9 pada Mei daripada 50.3 pada April berikutan pertambahan pesanan baharu, kerja-kerja tertunggak yang selesai dan jumlah perdagangan antarabangsa yang meningkat.

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) berkata Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia terus meningkat sebanyak 6.1 peratus tahun ke tahun pada April 2024, didorong oleh pertumbuhan output sektor pembuatan yang lebih tinggi.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan IPP semakin pesat pada April selepas mencatat 2.4 peratus pada bulan sebelumnya, mengekalkan momentum positif selama empat bulan berturut-turut.

IPP April juga menandakan pertumbuhan tertinggi yang dicatatkan sejak September 2022, disokong oleh pengembangan merentasi semua sektor pada bulan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini