comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Alor Setar antara pilihan terbaik untuk kecapi kos sara hidup rendah

Oleh: Juliana Pija Ismail

KWASA DAMANSARA: Alor Setar menjadi antara lokasi yang memerlukan kos hidup yang rendah bagi setiap kategori isi rumah dengan kos hidup golongan bujang di sekitar RM1,530 sebulan.

Ini dibandingkan dengan kos bujang di Lembah Klang yang mencecah sekitar hampir RM2,000 ringgit sebulan.

Berdasarkan perbandingan mengikut 12 bandar utama, Lembah Klang turut merekodkan kos hidup paling tinggi diikuti Georgetown, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Panduan Belanjawanku 2022/2023 yang diterbitkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapati kos hidup di bandar besar semakin meningkat seiring dengan lonjakan peningkatan harga barang dan purata gaji dan upah berbanding beberapa tahun sebelumnya.

Kos hidup untuk golongan bujang di Lembah Klang meningkat sebanyak RM60 kepada RM1,930 berbanding RM1,870 dalam Belanjawanku 2019.

Pasangan suami isteri tanpa anak memerlukan sebanyak RM4,630 untuk hidup selesa berbanding RM4,420 sebelum ini.

Bagi pasangan suami isteri dengan dua anak pula, kos yang diperlukan untuk hidup di Lembah Klang adalah sekitar RM6,890 sebulan berbanding RM6,620 pada 2019.

Belanjawanku 2022/2023 adalah panduan yang memperincikan perbelanjaan minimum mengikut kategori isi rumah (bujang, keluarga atau warga emas) dan menyediakan cadangan mengenai peruntukan perbelanjaan, perbelanjaan pilihan dan simpanan persendirian di 12 bandar utama Malaysia.

Loading...
Terkini