comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

AS tarik balik larangan ke atas sarung tangan YTY

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) hari ini menarik semula larangan selama setahun yang dikenakan ke atas import barangan yang dibuat oleh pengeluar sarung tangan getah, YTY Industry Holdings Sdn Bhd.

Ia selepas dakwaan berhubung buruh paksa oleh syarikat itu diselesaikan.

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS menyekat produk YTY pada Januari 2022, dengan memetik bukti munasabah menunjukkan terdapat penggunaan ‘buruh paksa’ dalam operasi pengeluaran syarikat itu, termasuk cara hidup dan persekitaran kerja yang teruk.

Menurut CBP, YTY sudah mengambil pelbagai langkah pemulihan untuk menangangi beberapa petunjuk buruh paksa, dan syarikat itu sudah membayar balik yuran pengambilan kepada pekerja asing yang dibayar serta ditauliah oleh sebuah audit sosial bebas.

“Sehubungan itu, CBP menetapkan bahawa sarung tangan pakai buang YTY Group tidak lagi dihasilkan menggunakan buruh paksa,” kata agensi kastam itu dalam satu kenyataan.

Beberapa syarikat Malaysia, termasuk antara pembekal utama dunia bagi sawit dan sarung tangan perubatan, berada di bawah pemantauan hebat kerana disyaki menyalahguna pekerja asing, yang terdiri daripada sejumlah besar tenaga kerja pengeluaran di negara ini.

Selepas larangan itu, YTY berkata ia sudah melaksanakan ‘kemajuan terbukti’ dari segi layanan pekerja asing sejak awal 2019, dan ia terkejut dengan sekatan yang dikenakan.

Syarikat itu tidak memberikan jawapan segera untuk mendapatkan kenyataan hari ini.

Reuters

Loading...
Terkini