comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Awang Adek dilantik jadi Pengerusi baharu BSN

Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) melantik Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin sebagai Pengerusi yang baharu berkuat kuasa 1 Julai ini.

Dalam satu kenyataan, BSN berkata, Awang Adek adalah seorang yang berpengalaman luas dalam industri kewangan, perkhidmatan diplomatik serta perkhidmatan awam.

Sebelum pelantikannya di BSN, beliau adalah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan masih berkhidmat sebagai Pengerusi, Lembaga Gabenor, Universiti Sains Malaysia (USM).

“Pengetahuan serta pengalaman luas (Datuk Seri) Awang Adek dalam sektor kewangan akan membantu BSN untuk memenuhi misi bagi mencapai mandat dan visi strategik bank.

“BSN mengalu-alukan kepimpinannya untuk memacu bank ke arah kecemerlangan dan inovasi,” katanya.

Awang Adek adalah figura kehormat dalam industri dan pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan di Bank Negara Malaysia (BNM) selama 17 tahun sehingga bergelar Penolong Gabenor BNM pada 1996.

Sebelum ini, beliau turut memegang jawatan selaku Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, dan Timbalan Menteri Kewangan serta pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) untuk dua tahun.

Awang Adek juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Beliau adalah bekas Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) yang pertama, Pengerusi PNB Research Institute (PNBRI), Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB), dan Pengerusi Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini