comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

BAJET 2023: Manisfesto semua parti akan diambil kira dalam Kerajaan Perpaduan

FOTO: NSTP

CHUKAI: Bajet 2023 akan mengambil kira manifesto semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata urus setia khas bajet baru telah ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji manifesto parti yang positif untuk dimasukkan dalam bajet berkenaan.

“Urus setia khas yang meneliti manifesto parti dalam Kerajaan Perpaduan. Ada pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan yang membentuk dua pertiga majoriti. Setiap parti ada manifesto-manifesto yang baik untuk dilaksanakan,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja di Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kemaman.

Selain itu beliau berkata beberapa penambahbaikan juga akan dipertimbangkan dalam Bajet 2023 itu bagi memastikan ia memenuhi keperluan dan agenda rakyat.

Ujar beliau, kerajaan juga tiada halangan untuk meneruskan perkara positif yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2023 sebelum ini.

Sebagai contoh, pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM150 kepada setiap pelajar tanpa mengira pendapatan keluarga yang akan mula diagihkan pada 12 Jan depan.

“Hal-hal bajet akan dibincangkan pada mesyuarat kementerian (Kementerian Kewangan) pada mesyuarat 3 Jan depan. Terpulang kepada Perdana Menteri untuk memutuskan tema bajet dan kandungannya,” katanya.

Sebelum ini Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Okt lepas.

Loading...
Terkini