comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bank Negara miliki strategi jangka panjang untuk ringgit – Rafizi

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Siri Persidangan Affin 2023 ‘Malaysia 2023: Bab Pelaburan Baharu’ di Kuala Lumpur.

Oleh Juliana Pija Ismail

KUALA LUMPUR: Kerajaan setakat ini tidak pernah mengadakan perbincangan untuk menambat ringgit dengan dolar Amerika Syarikat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli turut meminta semua pihak menghormati mandat Bank Negara yang menguruskan dasar monetari termasuk ringgit, dengan strategi dan pandangan jangka masa panjang.

“Ahli politik biasanya mempunyai tumpuan jangka pendek, dan apabila anda merancang untuk dasar monetari, ia perlu mengambil pandangan jangka panjang. Saya mahu menghormatinya dan apa sahaja yang orang cakap, saya harap akhirnya beberapa tahun kemudian orang menghormati keputusan berani yang strategik dan sangat penting itu” katanya ketika sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Siri Persidangan Affin 2023 ‘Malaysia 2023: Bab Pelaburan Baharu’ hari ini.

Katanya, penyusutan nilai ringgit sejak dua minggu ini dipengaruhi pertikaian membabitkan had siling hutang Amerika Syarikat, sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran.

Kerajaan juga akan terus meneliti dan memantau perkembangan semasa mata wang tempatan sebelum melaksana apa juga bentuk tindakan.

Ini termasuk meneliti kesan kepada perdagangan dan ekonomi dalam tempoh dua bulan ini.

Loading...
Terkini