comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Bank Pembangunan Islam perlu rapatkan jurang ekonomi Islam agar tiada yang terpinggir – PM

 


RIYADH: Bank Pembangunan Islam (IsDB) miliki peranan besar dalam merapatkan jurang ekonomi Islam di peringkat global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini selain memastikan ekosistem kewangan Islam dapat berkembang dan membantu masyarakat miskin yang terpinggir.

“Peranan memastikan isu keadilan, tidak sekata dan terpinggir dalam ekonomi Islam, dari segi jumlah, kawasan negara Islam masih lagi miliki kawasan miskin dan terabai, bukan sahaja kerajaan dan badan antarabangsa, Bank Pembangunan Islam juga miliki peranan besar ” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Jubli Emas IsDB.

“Malah, apabila kita melihat harapan untuk penyelesaian yang baik terhadap konflik di Gaza selepas berhadapan kekejaman oleh rejim Israel,”

Anwar berkata apabila isu ini dapat diselesaikan, IsDB akan dilihat sebagai pemain yang mengagumkan, bersama-sama dengan kerajaan yang mencuba memulihkan ekonominya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, bank itu perlu merebut peluang tersebut.

“Jika kita tidak mengambil peluang ini, ketidaksamaan akan bertambah buruk, masalah akan timbul. Dan kita akan melihat sekali lagi, marginalisasi yang besar dalam komuniti kita,” tegas beliau.

Selepas menyaksikan sumbangan IsDB sejak 50 tahun yang lepas, Perdana Menteri menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan bank itu untuk terus maju, terutamanya dengan kepimpinan muda baharu yang menerajuinya.

“Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa anda akan menjadi pemain utama untuk melangkaui fokus lazim Bank Pembangunan Islam, tetapi maju ke hadapan untuk menangani isu-isu penting mengenai teknologi baharu.

“Keperluan untuk keterangkuman dan semangat untuk membantu orang ramai, terutamanya mereka yang dipinggirkan, melalui pendidikan, latihan, peluang ekonomi, pemerkasaan ekonomi dan keusahawanan,” kata beliau.

Beliau berkata IsDB mendapat sokongan Malaysia dalam usahanya ke arah ini.

Sementara itu, beliau turut menyertai pemimpin negara anggota dan bukan anggota lain dalam merakamkan ucapan tahniah kepada bank itu bersempena ulang tahun ke-50 memupuk pembangunan sosio-ekonomi dalam kalangan negara anggotanya.

Malaysia menyertai IsDB pada 12 Ogos 1974 dan mempunyai langganan modal sebanyak 1.55 peratus bernilai ID868.18 juta (dinar Islam) atau bersamaan dengan satu hak cabutan khas Tabung Kewangan Antarabangsa.

Selain itu, IsDB juga telah membiayai 166 projek di Malaysia yang bernilai AS$963.2 juta dengan sejumlah 160 projek (AS$945.8 juta) telah siap manakala enam lagi projek (AS$17.4 juta) sedang dilaksanakan.

Anwar berada di ibu negara Arab Saudi itu selama dua hari mulai Ahad bagi mengetuai delegasi Malaysia untuk meninjau pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini