comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bekalan terhad, harga telur dijangka meningkat – MIDF

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Harga telur berpotensi meningkat dalam masa terdekat ini berikutan bekalan sumber makanan itu yang terhad di Malaysia, demikian menurut penganalisis.

Penganalisis MIDF Research, Genevieve Ng Pei Fen, berkata selain bekalan terhad di peringkat domestik, penularan selesema burung global telah menyebabkan bekalan telur di negara lain turut berkurangan, sekali gus berpotensi menjadikan harga telur import menjadi lebih mahal di Malaysia.

Beliau berkata, pada April lalu, harga purata bagi ayam adalah RM10.45 sekilogram, manakala harga telur gred A adalah 47 sen sebiji, gred B (45 sen sebiji) dan gred C (44 sen sebiji).

“Kami percaya bahawa pengapungan harga ayam tidak akan menyebabkan kenaikan mendadak selepas kawalan harga ditamatkan, namun harga telur mungkin meningkat disebabkan bekalan yang terhad di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, sebelum ini mengumumkan bahawa bermula 1 Julai ini, harga ayam dan telur tidak lagi disubsidi, sebaliknya akan diapungkan.Penamatan itu adalah membolehkan kementerian menilai serta mengawal harga barangan sama ada naik atau turun, berbanding harga siling runcit ketika ini.

Loading...
Terkini