comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan letak jawatan TNB

FOTO: Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan letak jawatan TNB

KUALA LUMPUR:Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon berkuat kuasa 5 Jan 2023.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata Asri, 56, juga akan berhenti sebagai pengerusi jawatankuasa tender lembaga pengarah dan ahli jawatankuasa pencalonan serta imbuhan lembaga pengarah dan jawatankuasa pelan insentif jangka panjang lembaga pada tarikh yang sama.

“Lembaga pengarah ingin merakamkan penghargaan kepada Asri atas sumbangan beliau kepada syarikat,” kata TNB.

TNB dalam makluman berasingan turut mengumumkan peletakan jawatan Faisal @ Pisal Abdul Ghani, 44, sebagai pengarah gantian kepada Asri berkuat kuasa 5 Jan 2023.

Asri sebelum ini dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan negara pada 1 Mei 2020.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun selepas menjadi penolong pengarah di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 1 Jun 1994 dan memegang pelbagai jawatan di Kementerian Kewangan termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar); Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan dan Pelaburan, Timbalan Setiausaha Bahagian Penswastaan dan Menteri Kewangan Diperbadankan. – BERNAMA

Loading...
Terkini