comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bekas Pengerusi & CEO Petronas kembali bantu sebagai ketua penasihat urusan kerajaan

Oleh:Amanda Lopez

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi & CEO Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican kini mengetuai beberapa penasihat bagi urusan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Urusan kerajaan khususnya Kementerian Kewangan akan dibantu oleh beberapa penasihat yang akan diketuai oleh penasihat Petronas Tan Sri Hassan Marican.” kata Datuk Seri Anwar semasa mengumumkan barisan kabinet kerajaan perpaduan malam tadi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memegang portfolio Menteri Kewangan.

Sebelum ini, Tan Sri Hassan juga dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2018.

Loading...
Terkini