comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan minggu ini dalam sentimen positif dengan kembalinya minat baharu selepas pembetulan baru-baru ini.

Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.

Indeks barometer dibuka tinggi 1.63 mata kepada 1,602.30.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 263 berbanding 135 manakala 323 kaunter tidak berubah, 1,629 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 200.60 juta unit bernilai RM111.84 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka FBM KLCI diniagakan pada kecenderungan meningkat hari ini, disokong oleh penggantungan kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

“Tumpuan adalah pada Indeks Harga Pengguna (IHP) pada April yang akan dikeluarkan pada 15 Mei.

Sehubungan itu, Dow Jones Index Average meningkat 125.0 mata manakala Nasdaq merosot 5.0 mata berikutan hasil 10 tahun AS naik kepada 4.50 peratus,” katanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini