comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

BNM, Bank of Korea perbaharui pengaturan swap dua hala 

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Korea bersetuju untuk memperbaharui pengaturan swap dua hala (BSA).

Dalam kenyataan bersama hari ini, kedua-dua bank pusat itu berkata saiz pengaturan swap ini, yang membolehkan kedua-dua pihak menukar mata wang tempatan masing-masing untuk menggalakkan perdagangan dua hala untuk pembangunan ekonomi, dikekalkan pada RM15 bilion/lima trilion won.

Jumlah itu adalah sama di bawah BSA yang dimeterai pada 2020.

“BSA ini bertujuan untuk menggalakkan lagi perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dan mengukuhkan kerjasama kewangan antara Malaysia dan Korea Selatan,” katanya.

Pengaturan swap ini untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama antara kedua-dua bank pusat. — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini