comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

BNPL perlu dikawal selia kurangkan risiko hutang luar kemampuan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pengembangan skim Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) memerlukan satu rangka kerja dan di kawal selia dengan lebih mendalam bagi mengurangkan risiko pengguna terjebak dalam hutang.

Timbalan Ketua Pasukan Petugas Khas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB), Azryta Abdul Aziz berkata, CCOB ketika ini juga dalam proses penggubalan Undang-Undang Kredit Pengguna (CCA).

Beliau berkata, CCA adalah untuk memastikan layanan adil terhadap peminjam kerana ketika ini terdapat pelbagai undang-undang yang mengawal aktiviti kredit pengguna.

CCA katanya boleh memberi impak positif dalam membantu isi rumah menguruskan hutang selain memberikan kerangka kepada penyedia dalam menilai kemampuan bakal peminjam.

“Jika penyedia memberikan kredit lebih daripada 1,000 mata pada bila-bila masa, mereka perlu melakukan penilaian kemampuan ke atas bakal pelanggan.

“Jadi penilaian keterjangkauan bukan hanya tentang kelayakan kredit tetapi jenis penilaian yang lebih intensif.

“Penyedia BNPL perlu menganalisis tingkah laku pelanggan dan titik data itu cukup berguna dalam menilai sama ada kredit patut atau tidak patut dilanjutkan.

“Kami berharap dengan mengadakan penilaian sedemikian sebelum kredit dilanjutkan, hutang isi rumah boleh dikawal,” katanya ketika menjadi panel persidangan dalam talian bertajuk ‘The Rise Of BNPL In The Consumer Credit System’ anjuran Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) yang dianjurkan secara maya.

Panel lain adalah Penyelidik Kanan Bersekutu KRI, Shereen Hazirah; Profesor Kehormat Universiti Malaya, Prof Mohd Naziri Ismail dan Ketua ShopeePay & SeaMoney Malaysia, Alain Yee.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini