comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

BUDI MADANI: Kerajaan pertimbang kenderaan diesel mewah berusia

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan kenderaan diesel mewah berusia 10 tahun ke atas untuk Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI).

Untuk itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kementeriannya akan mengeluarkan senarai kenderaan yang diklasifikasikan mewah akan datang.

“Walaupun mungkin diklasifikasi kenderaan mewah, tetapi kalau kereta itu sudah uzur sedikit, lebih 10 tahun, mereka mungkin dapat (bantuan) juga,” katanya ketika ditemui media di Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa ISWC 2024 (ISWC 2024) hari ini.

Ditanya mengenai keputusan sama ada harga diesel akan diapungkan secara berkala, Datuk Seri Amir Hamzah berkata pengumuman itu akan dibuat pada masa yang sesuaii bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang akan menyebabkan aktiviti penyelewengan diesel.

Pendaftaran BUDI MADANI telah dibuka 28 Mei lalu sebagai pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Sebanyak RM200 sebulan akan disalurkan kepada penerima yang layak.

Pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu.

Manakala petani kecil dan pekebun kecil di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini