comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan meneruskan momentum aliran peningkatannya, disokong oleh belian saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen positif di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.75 mata kepada 1,517.14 daripada 1,515.39 di akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 2.36 mata pada 1,517.75.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi iaitu 216 berbanding 213 manakala 314 kaunter tidak berubah; 1,515 tidak diniagakan dan 73 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 370.40 juta unit bernilai RM209.18 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini