comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa ditutup pada paras tertinggi harian

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pasaran saham Malaysia melonjak hari ini, ditutup pada paras tertinggi harian dalam persekitaran prestasi serantau yang menggalakkan didorong oleh harapan bahawa China akan melonggarkan sekatan COVID-19 yang ketat tidak lama lagi, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 17.90 mata atau 1.26 peratus, untuk ditutup kepada paras tertinggi harian pada 1,438.28 daripada 1,420.38 pada Khamis.

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 5.14 mata kepada 1,425.52 dan mencecah paras terendah pada 1,422.08.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 588 berbanding 269 manakala 391 kaunter tidak berubah, 1,078 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.39 bilion unit bernilai RM1.72 bilion daripada 2.63 bilion unit bernilai RM1.89 bilion pada Khamis. – BERNAMA

Loading...
Terkini