comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia akan lancar kontrak niaga hadapan minyak kacang soya pada 18 Mac

Foto hiasan

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Derivatives Bhd akan melancarkan kontrak niaga hadapan minyak kacang soya DCE (FSOY) pada 18 Mac depan.

Ini hasil kerjasama dengan Dalian Commodity Exchange (DCE), bagi pelesenan harga penyelesaian niaga hadapan minyak kacang soya.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata pelabur juga lebih mudah untuk membandingkan harga minyak kacang soya dan minyak kelapa sawit pada platform yang sama.

“Sorotan penting kepada penawaran produk ini ialah ia mewakili kerjasama produk pertama antara bursa derivatif China dan bursa Asia yang berpangkalan di luar China,” katanya dalam ucapan pada Persidangan dan Pameran Prospek Harga Minyak Sawit dan Laurik (POC2024) kali ke-35 hari ini.

Di bawah perjanjian ini, Bursa Malaysia Derivatives diberi kuasa untuk menggunakan harga penyelesaian niaga hadapan minyak kacang soya DCE sebagai asas untuk mengira harga penyelesaian kontrak FSOY dalam dominasi dolar AS.

Tambah beliau, tambahan strategik ini menjadi pelengkap kepada penawaran derivatif minyak sawit dan minyak kacang soya.

Ini terutama kontrak niaga hadapan FNCH sebagai alat lindung nilai mata wang untuk pelaburan FSOY dan membenarkan pelabur menguruskan pendedahan pelaburan mereka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini