comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia akhiri kenaikan empat hari, ditutup hampir tidak berubah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan sebelumnya apabila ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, dipengaruhi oleh prestasi pasaran serantau yang suram, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 0.06 peratus atau 0.93 mata kepada 1,604.75 daripada 1,605.68 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks barometer dibuka meningkat 1.28 mata kepada 1,606.96, bergerak kepada paras rendah 1,602.29 pada sesi tengah hari selepas mencapai 1,610.25 ketika dagangan pagi.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 571 berbanding 568, manakala 478 kaunter tidak berubah, 712 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 5.39 bilion unit bernilai RM3.57 bilion berbanding 5.42 bilion unit bernilai RM3.79 bilion semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ekuiti Asia diniagakan berhati-hati di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap cabaran ekonomi, yang berpotensi mengurangkan peningkatan baru-baru ini.

Di dalam negara, beliau berkata FBM KLCI reda seketika berikutan peningkatan baru-baru ini, dengan  berlakunya aktiviti pengambilan untung yang sederhana.

“Walaupun saya masih menyaksikan terdapatnya nilai dalam pasaran Malaysia, adalah wajar untuk mencatat kenaikan kecil menjelang minggu akan datang yang berpotensi untuk tidak menentu,” katanya kepada Bernama.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini