comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia akhiri sesi awal dagangan rendah sejajar prestasi rakan serantau lain

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Rabu lebih rendah selari dengan prestasi lemah pasaran serantau apabila pelabur kembali gelisah dengan situasi geopolitik, kata seorang peniaga.

Pada waktu rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 9.92 mata kepada 1,440.62 daripada 1,450.54 penutup Selasa.

Pasaran dibuka pada paras 1,447.50 pagi ini, turun 3.04 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 464 berbalas 279, manakala 370 kaunter tidak berubah, 1,212 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.36 bilion unit bernilai RM796.80 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini