comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia akhiri sesi dagangan pagi rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan tengah hari rendah apabila para pelabur mengambil peluang mengumpul keuntungan selepas dagangan meningkat pada sesi awal urus niaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.32 mata kepada 1,446.14 daripada penutupan Selasa 1,449.46.

Indeks utama mengukuh 1.45 mata untuk mencatatkan paras 1,450.91 di sesi pembukaan dan seterusnya berlegar antara 1,444.63 dan 1,452.07 di sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga di pasaran keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 382 berbalas 300, 445 kaunter tidak berubah, 1,187 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 1.52 bilion unit bernilai RM784.23 juta.

Seorang peniaga berkata pasaran gagal mengekalkan keuntungan awal selepas kegiatan jualan muncul terutama apabila prospek AS akan menurunkan kadar faedah semakin ketara.

Beliau berkata petunjuk serantau turut bercampur-campur sekali gus mengurangkan minat dalam kalangan pelabur. – BERNAMA

Loading...
Terkini