comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia akhiri sesi dagangan tengah hari rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi rendah sejajar dengan prestasi lemah pasaran serantau selepas ulasan daripada Rizab Persekutuan AS (Fed) mencetuskan kegiatan jualan di pasaran saham, kata peniaga.

Pada waktu rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.40 mata, atau 0.23 peratus kepada 1,448.16 daripada penutupan Rabu pada 1,451.56.

Indeks utama pagi ini bagaimanapun dibuka 1.21 mata lebih tinggi pada paras 1,452.77 dan kemudiannya berlegar antara 1,447.60 dan 1,453.97 sepanjang sesi dagangan pagi.

Pergerakan harga di pasaran pula menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 549 berbalas 274 manakala 425 kaunter tidak berubah, 1,126 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 1.78 bilion unit bernilai RM1.07 bilion.\

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 11.83 mata kepada 16,230.22, Indeks Tenaga turun 15.19 mata kepada 888.94 dan Indeks Perladangan menguncup 51.62 mata kepada 6,927.09.

Indeks Perkhidmatan Produk Perindustrian susut 0.25 mata kepada 174.16. — BERNAMA

Loading...
Terkini