comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia bercampur-campur dalam dagangan awal

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi rendah di Wall Street dalam persekitaran suasana bercuti, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.07 kepada 1,456.45 daripada 1,454.38 pada Jumaat.

FBM KLCI dibuka rendah 0.30 mata kepada 1,454.08.

Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 157 berbanding 126 manakala 280 kaunter tidak berubah, 1,742 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 200.96 juta unit bernilai RM69.09 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Dow Jones Industrial Average Index merosot 18 mata manakala Nasdaq menambah 29 mata dengan hasil 10 tahun Perbendaharaan Amerika Syarikat naik kepada 3.90 peratus.

“Dalam negara, sama ada indeks FBM KLCI boleh menguji paras 1,500 pada empat hari dagangan terakhir pada 2023 akan dapat dilihat.

“Untuk hari ini, kami menjangka petunjuk pasaran indeks FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,450-1,460,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini