comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dapat kurangkan penurunan awal apabila ditutup rendah sedikit 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dapat mengurangkan sebahagian besar penurunan awalnya secara berturut-turut apabila ditutup rendah sedikit sebanyak 0.08 peratus pada Khamis, dipengaruhi oleh saham perkhidmatan kewangan ekoran sentimen pasaran yang lemah.

Kaunter perbankan Public Bank susut lima sen kepada RM3.95 dan Maybank kurang enam sen kepada RM8.49.

Kedua-dua kaunter ini menyumbang 2.81 mata kepada penurunan indeks utama pada penutupan dagangan hari ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran turun 1.06 mata kepada 1,410.98, yang merupakan paras tertinggi hari ini, daripada 1,412.04 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama pasaran itu dibuka 5.07 mata lebih rendah kepada 1,406.97 sebelum mencecah paras terendah harian 1,403.55 semasa sesi tengah hari.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 434 berbanding 468, manakala 407 kaunter tidak berubah, 964 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.26 bilion unit bernilai RM2.03 bilion daripada 3.12 bilion unit bernilai RM1.89 bilion pada Rabu.

Di peringkat rantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 2.34 peratus kepada 20,049.64; Indeks Komposit Jakarta Indonesia menambah 1.20 peratus kepada 6,691.61; Indeks Straits Times Singapura susut 0.06 peratus kepada 3,219.00; Nikkei 225 Jepun kurang 0.17 peratus kepada 27,419.61 manakala Indeks Komposit SSE China menokok 0.64 peratus kepada 3,286.65.

Peniaga berkata pasaran memberi reaksi negatif terhadap keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, dan pelabur juga terus berhati-hati sebelum data Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia dikeluarkan pada Jumaat.

Sementara itu, menerusi nota penyelidikan pada Khamis, Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan pelabur mungkin siap sedia berdepan dengan lebih banyak turun naik ketara selain dijangka memilih untuk pendedahan kepada saham yang bersifat defensif dalam sektor pengguna, telekomunikasi dan utiliti.

pelabur mungkin bersiap sedia untuk lebih banyak turun naik dan kemungkinan memilih untuk mendedahkan lebih lanjut dalam saham defensif dalam sektor pengguna, telekomunikasi dan utiliti.

Antara saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, CIMB dan Petronas Chemicals masing-masing menambah satu sen kepada RM5.21 dan RM6.80, TNB naik empat sen kepada RM9.56, Public Bank susut lima sen kepada RM3.95 dan IHH Healthcare merosot enam sen kepada RM5.82.

Antara saham aktif, Top Glove melonjak tujuh sen kepada RM1.02, Careplus menokok tiga sen kepada 33.5 sen, Hong Seng Consolidated tidak berubah pada 13.5 sen, Zen Tech kurang setengah sen kepada 2.5 sen manakala Computer Forms turun 8.5 sen kepada 35 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 14.31 mata kepada 10,337.05; Indeks FBMT 100 menambah 12.57 mata kepada 10,029.17 dan Indeks FBM 70 melonjak 100.05 mata kepada 13,389.18.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 44.17 mata kepada 10,670.54 dan Indeks FBM ACE FBM menokok 12.97 mata kepada 5,314.65.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 80.85 mata kepada 15,566.15; Indeks Tenaga meningkat 5.16 mata kepada 811.25; Indeks Perladangan menambah 20.33 mata kepada 6,769.51 serta Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.46 mata daripada 167.17.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.28 bilion saham bernilai RM1.76 bilion daripada 2.04 bilion saham bernilai RM1.59 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran sebanyak 433.61 juta unit bernilai RM73.54 juta berbanding 422.09 juta unit bernilai RM64.29 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 546.78 juta saham bernilai RM189.56 juta daripada 648.05 juta saham bernilai RM232.34 juta pada Rabu.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 302.63 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (521.04 juta); pembinaan (56.17 juta); teknologi (424.73 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (71.60 juta); hartanah (179.73 juta); perladangan (22.46 juta); REIT (10.33 juta), dana tertutup (sifar); tenaga (120.57 juta); penjagaan kesihatan (418.96 juta); telekomunikasi dan media (86.34 juta); pengangkutan dan logistik (25.96 juta); serta utiliti (37.89 juta). – BERNAMA

Loading...
Terkini