comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur berikutan kekurangan pemangkin

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada pagi Selasa dengan indeks utama turun susulan kekurangan pemangkin.

Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.48 mata kepada 1,534.06 daripada 1,537.54 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama dibuka 1.48 mata rendah pada paras 1,536.06.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 228 berbalas 214 manakala 304 kaunter tidak berubah, 1,594 tidak diniagakan dan 47 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 315.24 juta unit bernilai RM134.58 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata keseluruhan suasana pasaran tidak begitu kukuh atau positif. “Mood semasa dalam pasaran tidak begitu memberangsangkan atau optimistik yang boleh mempengaruhi tingkah laku dagangan dan dinamik pasaran,” katanya.

Thong berkata beliau melihat paras sokongan berada pada 1,530, di mana minat belian dijangka menstabilkan sebarang pergerakan menurun, iadatang bersama unjuran suasana dagangan yang terkawal dengan indeks dijangka bergerak dalam lingkungan 1,535-1,545.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 1.0 sen kepada RM9.63, Public Bank kekal tidak berubah pada RM4.24 manakala CIMB Group dan Petronas Chemical masing-masing merosot 1.0 sen kepada RM6.49 dan RM6.77, Tenaga Nasional berkurangan 4.0 sen kepada RM11.46.

Dalam kalangan kaunter cergas, Sapura Energy, Velesto Energy dan Perdana Petroleum masing-masing 0.5 sen kepada 4.5 sen, 29.5 sen dan 31.0 sen. Ingenieur Gudang meningkat 1.0 sen kepada 18 sen manakala TCS Group menokok 3.5 sen kepada 16.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan sebanyak 18.14 mata kepada 11,522.85, Indeks FBMT 100 turun 16.72 mata kepada 11,171.93 manakala Indeks FBM Emas Shariah menyusut sebanyak 24.44 mata kepada 11,606.79.

Indeks FBM 70 melonjak 11.23 mata kepada 16,041.10 dan Indeks FBM ACE meningkat 1.26 mata kepada 4,882.13.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.25 mata kepada 178.37, Indeks Tenaga naik 5.77 mata kepada 944.94 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 11.59 mata kepada 17,167.34 manakala Indeks Perladangan melonjak 1.24 mata kepada 7,317.68.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini