comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada hari pertama dagangan 2024

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur bagi hari pertama  dagangan 2024 pada Selasa walaupun prestasi semalaman Wall Street lebih rendah susulan sambutan perayaan baru-baru ini, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.59 mata kepada 1,452.07 daripada 1,454.66 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

FBM KLCI dibuka 2.46 mata lebih rendah kepada 1,452.20.

Walau bagaimanapun, bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 171 berbanding 159 manakala 269 kaunter tidak berubah, 1,629 kaunter tidak diniagakan dan 22 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 279.98 juta unit bernilai RM74.44 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata dalam melangkah ke hadapan, kadar faedah akan menjadi tumpuan pelabur susulan jangkaan tempoh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan melonggarkan pendiriannya.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng mendatar hanya di atas paras 17,000 untuk berakhir 14 peratus lebih rendah tahun ke tahun.

“Walau bagaimanapun, dana asing bersedia untuk kembali secara besar-besaran kepada saham Hong Kong memandangkan ramai yang menganggap penilaian mereka sangat menarik,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini