comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka kukuh pada sesi awal urus niaga pagi ini

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi untuk hari kedua berturut-turut pada pagi urus niaga Khamis, menjejaki keuntungan semalaman Wall Street apabila peniaga bertambah yakin bahawa inflasi di Amerika Syarikat semakin mereda serta keberkesanan langkah menaikkan kadar oleh Rizab Persekutuan sebelum ini, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.99 mata kepada 1,489.86 daripada penutupan semalam 1,487.87.

Pasaran dibuka 0.70 mata lebih kukuh pagi ini pada 1,488.57.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 164 berbalas 130, manakala 274 kaunter tidak berubah, 1,634 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 308.13 juta unit bernilai RM171.92 juta.

Loading...
Terkini